Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
2. Dimaklumkan bahawa KKS bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP) Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2025 (Lejar Akruan) perlu disediakan bagi tujuan pengauditan oleh Ketua Audit Negara. Ketua Jabatan di PTJ hendaklah memastikan semua dokumen kewangan yang diperlukan bagi tujuan pengauditan adalah lengkap dan sempurna sebelum diserahkan ke jabatan ini
3. Sehubungan dengan itu, PTJ hendaklah menyediakan Pengesahan Baki seperti pada 31 Disember 2025 sebanyak 3 salinan mengikut lampiran (Rujuk Surat) yang berkaitan dan mengesahkan secara berasingan mengikut PTJ Dipertanggung berdasarkan laporan di Portal iGFMAS serta menyediakan Penyata Penyesuaian jika baki yang disediakan berbeza dengan rekod PTJ. Semua lampiran yang terlibat hendaklah dihantar ke Jabatan ini sebelum atau pada 13 Mac 2026 (Jumaat).
Lampiran dan dokumen berkaitan KKS ini boleh dimuat turun melalui url berikut : https://shorturl.at/vYcbA
Sekian, terima kasih.



