Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) CAWANGAN KENINGAU telah mula mengorak langkah penubuhannya pada tahun 1980. Pada peringkat awal, pejabat ini ditempatkan di sebuah bangunan peninggalan zaman British yang dahulunya merupakan bekas bangunan lama Bendahari Negeri.

Operasi rasmi JANM Cawangan Keningau bermula pada bulan Mei 1980 dengan kekuatan kakitangan seramai 14 orang. Detik bersejarah jabatan ini tercatat pada
1 Jun 1980, apabila cek pertama berjaya dikeluarkan secara rasmi. Seiring dengan keperluan perkhidmatan, pejabat ini telah berpindah ke Pejabat Kelab Belia (berhampiran Bangunan Perpustakaan) pada tahun 1982 dan beroperasi di sana selama satu dekad. Menjelang tahun 1992, JANM Cawangan Keningau sekali lagi berpindah ke Bangunan Rumah Persekutuan dan kekal di lokasi tersebut sehingga kini.

Pertumbuhan jabatan ini dapat dilihat melalui peningkatan tenaga kerja; pertambahan kakitangan kepada 16 orang pada tahun 1992, kini JANM Cawangan Keningau diperkukuhkan dengan seramai 29 orang kakitangan.

Berikut merupakan susur galur kepimpinan yang telah menerajui Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Keningau sejak awal penubuhannya:

Bil Nama Pengarah Jawatan Tahun Berkhidmat
1 Pn. Irene Loh Pegawai Akaun Kawasan 1980-1982
2 En. Mohamad Jaffar Pegawai Akaun Kawasan 1982-1984
3 En. Tan Eng Huat Pegawai Akaun Kawasan 1984-1986
4 En. Mohd Azizi Mohd Zain Pegawai Akaun Kawasan 1986-1988
5 En. Rajasundram A/L Ponamelai Pegawai Akaun Kawasan 1988-1992
6 En. Ramli Ibrahim Pegawai Akaun Kawasan 1992-1996
7 Pn. Tunganai Datu Alang Pengarah 1996-2000
8 En. Patrick Majatig Pengarah 2000-2004
9 Cik Jamatiah Binti Mostal Pengarah 2005-2006
10 En. Dzulkifli Bin Mohd Affandi Pengarah 2006-2009
11 En. Mazlan Bin Abdullah Pengarah 2009-2011
12 En. Mohammad Aminullah bin Asnawar Pengarah 2011- 2015
13 En. Yeoh Hong Choon @ Asyhraff Pengarah 2015- 2019
14 Cik Mirnawati Binti Syaripuddin Pengarah 2020 - sehingga kini