Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Salam sejahtera;

Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Keningau akan mengadakan taklimat tarikh akhir proses dokumen kewangan bagi Tahun Kewangan 2023 diikuti dengan taklimat SPANM Bil. 5/2023 – Tatacara Pengurusan Bayaran. Tujuan taklimat diadakan adalah bagi memberi penerangan kepada semua PTJ berkenaan aktiviti dan arahan operasi yang akan terlibat ketika proses PAT 2023 seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 04 Disember 2023 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Keningau

Sehubungan dengan itu, setiap PTJ diwajibkan menghantar dua (2) orang pegawai yang terlibat secara langsung dengan kewangan dan terimaan bagi mengikuti taklimat PAT ini. Disertakan surat jemputan dan tentatif program untuk rujukan dan tindakan lanjut.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pn Masnitah Sujaree di talian 087-331245 (ext: 102).
Sekian, terima kasih.

SURAT JEMPUTAN & TENTATIF PROGRAM