Assalamualaikum W.B.T / Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD PEMBEKAL ONE TIME VENDOR (OTV) BAGI KOD 10001 (EMP 2-PENDAPATAN BERCUKAI) DAN 10009 (OTV ARAHAN PEMBAYARAN)
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk dan Surat Arahan Operasi bertajuk KAWALAN KE ATAS PENGGUNAAN KOD PEMBEKAL - ONE TIME VENDOR (OTV) BAGI PEMBAYARAN DI iGFMAS rujukan ANM/KGU/600-15/3/1 Jld. 4 (11) bertarikh 02 Jun 2020 (rujuk Arkib Pengumuman) adalah berkaitan.
2. Bersama-sama ini disertakan LAMPIRAN 1 keterangan tambahan mengenai penyeragaman Penggunaan Kod OTV untuk rujukan tuan/puan.
3. PTJ perlu memahami dan memastikan kod OTV yang digunakan memenuhi objektif pembayaran dan mematuhi peraturan/garis panduan yang berkuatkuasa.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan berkaitan perkara di atas amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN 1