Salam sejahtera;
Dimaklumkan bahawa Sistem eAP96 akan mula digunakan bagi pengeluaran Surat Kebenaran Menunaikan Wang Melalui Akaun Transit bagi semua PTJ pemegang panjar wang runcit (PWR) seliaan JANM Cawangan Keningau. Disertakan surat makluman dan borang pendaftaran untuk rujukan dan tindakan semua PTJ yang terlibat.
Emel pemberitahuan yang sama juga telah dihantar kepada semua PTJ yang berkenaan pada 30 Mei 2021. Senarai PTJ yang terlibat adalah seperti berikut :
- Jabatan Audit Cawangan Keningau
- IPD Keningau
- IPD Tenom
- Imigresen Keningau
- Imigresen Tenom
- Hospital Keningau
- Hospital Tenom
- Hospital Tambunan
- Pejabat Kesihatan Keningau
- Pejabat Pergigian Keningau
- Jabatan Tenaga Kerja, Keningau
- IPG Kampus Keningau
- KPDNHEP, Keningau
- JANM Cawangan Keningau
Sekian, terima kasih.
MUAT TURUN : PENDAFTARAN PENGGUNA SISTEM eAP96 UNTUK PWR