Salam sejahtera;
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Semakan ke atas Elaun Tugas Memandu Kenderaan selaras dengan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2007, mendapati bahawa elaun ini tidak termasuk di dalam Senarai Elaun Dan Kemudahan Anggota Perkhidmatan Awam Yang Dikecualikan Cukai Pendapatan.
3. Selaras dengan Manual Prosedur Kerja, pembayaran bagi elaun yang tidak dikecualikan dari cukai adalah menggunakan Modul Pendapatan Bercukai selagi ianya belum mendapat pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Walaubagaimanapun tiada kenaan cukai jika pendapatan keseluruhan pegawai yang menerima elaun ini belum mencapai threshold yang ditetapkan oleh LHDN.
4. Sehubungan dengan itu, ketidakseragaman dalam penggunaan Arahan Pembayaran iaitu K2 - Invois Tanpa PT, K5 - Pendahuluan & Tuntutan dan K6 - Pendapatan Bercukai diselaraskan kepada Arahan Pembayaran Pendapatan Bercukai K6 dan berkuatkuasa serta merta selari dengan pengesahan di atas. Penerima bayaran perlu dijelaskan jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kelak.
Perhatian dan kerjasama PTJ mengenai perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
JANM Cawangan Keningau
19 Mei 2021