Sukacita dimaklumkan pihak Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah melancarkan ‘MHgom PORTAL’ - (Government of Malaysia Portal) Fasa 1 pada 29Jul 2020.
Ia dibangunkan selaras dengan keperluan semasa di mana pihak kerajaan telah membenarkan penggunaan Kad Kredit Korporat di Kementerian /Jabatan sebagai satu langkah penjimatan dan kaedah alternatif untuk memudahkan pembayaran semasa pembelian tiket kapalterbang.
MHgom Portal akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu Fasa 1 dan Fasa 2 .
Fasa 1 |
|
Fasa 2 |
|
Untuk makluman Tuan,Fasa ke 2 dimana pembayaran melalui WPUA (Waran Perjalanan Udara Awam) akan dilaksanakan tidak lama lagi dan segala transaksi masa kini menggunakan sistem GTS (Government Travel System) akan dipindah sepenuhnya ke MHgom Portal. Oleh itu, mohon kerjasama kepada semua PTJ untuk mendaftar dengan MHgom portal bagi memastikan transaksi pengeluaran tiket menggunakan WPUA tidak akan terjejasselepas pelaksanaan MHgom Portal Fasa 2 (pengeluaran tiket menggunakan WPUA).
Untuk proses pendaftaran, PTJ perlu melakukan langkah-langkah berikut :
- log masuk ke :https://government.malaysiaairlines.com/
- Klik “New Ministry” untuk pendaftaran
Dikepilkan bersama emel ini ialah tatacara pendaftaran MHgom Portal untuk rujukan tuan/puan .
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, sila berhubung terus dengan wakil MAB iaitu :
Nama : ENCIK HUSSIN DOMINICUS
No Tel : 088-515498
Emel :
Perhatian dan kerjasama tuan/puan ke atas perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.