Program Hiking For Malaysia Day 2018 anjuran bersama Kelab KESAN dan EKSA JANM Cawangan Keningau telah diadakan pada 16 September 2018 di Maragang Hill, Kundasang.
Aktiviti ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan telah disertai oleh kakitangan JANM Cawangan Keningau bersama ahli keluarga dan diketuai oleh
Pengarah JANM Cawangan Keningau. Maragang Hill mempunyai ketinggian 2232m dari paras laut dan terletak di Mesilau, Kundasang.
Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya menawan puncak Maragang Hill .