Program Derma Darah 2026 anjuran Kelab KESAN JANM Cawangan Keningau & Persatuan Akauntan Sektor Awam (PSA) Malaysia telah berjaya dilaksanakan pada 22 Januari 2026. Program dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Keningau ini diadakan di perkarangan lobi Rumah Persekutuan Keningau.
Pelbagai aktiviti lain juga dijalankan sepanjang program ini untuk orang awam seperti kaunter semakan Wang Tak Dituntut (WTD) dan perkhidmatan dari Bank Rakyat.



