Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Pada 17hb Januari 2026, JANM Cawangan Keningau telah dijemput oleh pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) untuk menyediakan perkhidmatan awam dalam Program MCS-Sinua, Sook. 

Dengan kekuatan kakitangan seramai 5 orang, JANM Cawangan Keningau bergerak ke lokasi MCS iaitu di SK Sinua, Sook seawal jam 5 pagi bagi menyokong usaha G2C yang digerakkan oleh Kementerian Kewangan melalui PMS.

Pelbagai agensi kerajaan Persekutuan, Negeri serta Badan Berkanun turut serta di dalam program ini dan sambutan dari orang awam sekitar daerah Sook amat menggalakkan.