Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Taklimat berkenaan penggunaan Sistem eAP96 bagi Zon Sabah telah berjaya dianjurkan dan dilaksanakan secara virtual di JANM Cawangan Keningau pada 3 Mac 2021. Taklimat ini disampaikan oleh JANM Negeri Melaka selaku pembangun sistem dan disertai oleh JANM Cawangan Tawau, JANM Cawangan Sandakan dan JANM Cawangan Labuan. 

Sistem eAP96 ini telah digunakan di beberapa pejabat JANM zon Semenanjung dan sukacita dimaklumkan bahawa JANM Cawangan Keningau akan mula menggunapakai sistem ini dalam masa yang terdekat. Dengan adanya sistem ini, ianya akan dapat memudahkan pihak PTJ dalam pengurusan AP96 secara atas talian.