Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PELAKSANAAN INTEGRATED AUDIT REPORT AND FEEDBACK MANAGEMENT SYSTEM (iAREF)

Salam sejahtera; 

Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Seperti tuan/puan sedia maklum, Sistem iAREF akan dilaksanakan kepada semua Pejabat Perakaunan dan Pusat Tanggungjawab bermula Februari 2022. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Sistem iAREF, bersama-sama ini dikemukakan maklumat lanjut untuk tindakan tuan/puan seperti berikut:

         i.     Sistem iAREF boleh diakses melalui URL berikut : https://iaref.anm.gov.my

         ii.    Manual pengguna permohonan ID pengguna dan video manual pengguna boleh diperolehi melalui pautan berikut :  KIT LATIHAN SISTEM iAREF

3.   Notifikasi ID pengguna dan kata laluan akan dihantar ke emel pengguna yang telah didaftarkan. Sekiranya tuan/puan tidak menerima emel notifikasiberkaitan ID pengguna sehingga 16 Februari 2022, tuan/puan diminta untuk membuat permohonan ID terus melalui sistem iAREF sebagaimana yang telah dikongsikan semasa bengkel iAREF PTJ pada 17 - 25 Januari 2022. Tuan/puan juga boleh merujuk terus kepada manual pengguna yang dinyatakan di para 2(ii).

4.   Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas boleh hubungi saya atau disalurkan terus kepada Seksyen Pemantauan JANM Cawangan Keningau. Kerjasama dan perhatian tuan/puan ke atas perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.